Monday, February 18, 2019

Lagu Kanak-kanak "Apabila Qiamat Datang"


Assalamulaikum Warahmatullah. Hari ini saya ingin share sebuah lirik lagu kanak-kanak tadika di Patani. Lagu ini mengajarkan anak-anak tentang rukun Iman yang ke-5, iaitu percayakan hari Qiamat. Lirik lagu ini saya tak tahu siapa pengarangnya, sebab sudah lama dinyanyikan dan diajarkan secara turun temurun.

Lagu ini mempunyai lirik yang simple, pendek dan penuh dengan pengajaran. dan berikut adalah liriknya:

"Apabila qiamat datang,
Berlaku huru-hara,
Langit bumi hancur binasa,
Manusia semua mati.

Manusia dihidupkan semula,
Supaya dikirakan amalan.
Orang baik dimasuk syurga,
Orang jahat dimasuk neraka."

Pada perenggan pertama menceritakan tentang kelakuan pada hari qiamat. Pada hari itu akan berlaku huru-hara. Sebagaimana yang diceritakan di dalam Al-Quran dalam biberapa surah, seperti: surah Al-Qari'ah, Al-Zalzalah dan sebagainya.

Pada perenggan yang kedua pula menceritakan tentang kehidupan semula setelah berlaku hari qiamat. Kita semua akan dihidupkan semula. juga akan dihisab dan akan dibalas berkaitan dengan amalan yang kita lakukan di dunia. Di sana ada syurga dan neraka. Siapa yang mempunyai amalan baik, tempatnya iaitu syurga. Di sebaliknya pula, orang yang mempunyai amalan yang jahat akan dibalaskan dengan neraka.

Alhamdulillah, lirik lagu ini penuh dengan pengajaran. Moga kita semua dapat mengambil manfaat dari lirik dan lagu tersebut.

Kredit gambar: https://mgronline.com